Pages

Friday, March 25, 2011

My journey MySpace

Aku baru balik dari pengembaran dari KL  kami punyer kos ada wat lawatan ke KL dalam subjek networking. by the way, pelbagai ilmu aku pelajari, pengetahuan aku baru tahu dan bagaimana mereka menggunakan ilmu sains teknologi hahahaha...Alhamdulillah ya ALLAH
dalam lawatan nie kami sempat melalui bagaimana  kehidupan KL, aku rasa dan bagi aku seperti biasa ja pun hidup kat sana depend  to own self  kita nak control mcamana nak jadi bek ke or nak bad ke hak kita..hahahaha...
aku tunggu faris upload pic nie tapi dia x upload2 lagi...
Antara local kami g :-
MySpace
  1. WIMAX / P1
  2. CELCOM
  3. TM
  4. JARING
  5. MDEC 
ada 5 destinasi yang kami tuju n x lupa ronda2 KL  hahaha penat giler time ronda2 tuh macam aduhh!!
MySpace


Sunday, March 20, 2011

Kita kena Bersabar dalam menghadapi apa pun ujianNya MySpace

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolonganAllah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengandidatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan hartamelimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah danmenderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yangbermaksud:

     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
     “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif,masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:   

�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengakukesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?
� persoalan dalam diri kita tentang  diri kita sebenar kita kena dalam 3 perkara 

  1. Dari mana kita Datang??
  2. Untuk apa kita didatangakan??
  3. Kepada siapa kita kembali??
fikirkalah  para saudara seislam....   MySpace




Friday, March 18, 2011

Menu untuk Breakfast...

Aku hari masak nasi goreng bubur hahaha.... nasi kimichi (ala-ala nasi goreng korea) xhabis2 ngan korea aku nie aku memang minat korea pown...bangun dari lelapan aku pown terus masak  nasi aku pastikan  nasi itu nasi yang aku selalu wat (nasik lembut macam bubur) dah aku memang suka makan nasi macam tu nak lagu mana...hahahaaa......aku this it's my self ..setelah nasi siap aku pown wat dan sediakanlah rempah ratus yang pasti aku suka makanan yang pedas nie heee apa lagi pedas lah...puas ati aku makan macam tu  (kiranya zon selamat la) siap-siap aku pown rasa wahhhhhh~~~~~ basthaaa!!!!!  MySpace    aku suka sangat basthaaa3X......... 
          
My NaSik Kimichi....


Tapi x sempat nak mbik pic tadik herm  ala-ala macam nie  MySpace

MySpaceCiter Kemarin Hari....

Semalam adalah last day 4 this week ada class.....Alhamdulillah markah  test1 semua ok2 setekat ini....tapi , aku xjangka ada 2 kuiz pop tetiba melanda hari kemarin  subjek JAVA and Networking tapi aku jawap ja aku x tinggalkan kosong ujian2....Terima kasih ya ALLAH kerana memberi pada hamba ini ujian :) aku tahu ujian ALLAH berikan pada aku ia mampu aku pikul , Bukan luar jangkaan kita tapi ditahap kemampuan diri kita..
time kami ke cafe nak makan kami semua  tegah syok mbik makanan  bila dah beratur kat depan counter kak sue yang bayar kan pada kami heeeeeee  terima kasih kak sue...

***Kami 
  • Aku
  • Nita
  • Nan
  • Qa
balik2 tu kami terus ke umah kak sue bantu kak sue untuk sediakan tempahan dia dari member seklas kami
time tunggu kak sue uli tepung tetiba plak ayu ajak kami g tempat kenduri, firstly  aku xnak g aku malu  tapi lama2 aku  g juga sampai kat tempat tu ya ALLAH malunya dah la tuan umah tu berbisik2 sambil pandang2 kami berenam hahaha pacik tu yang jemput kami pecik tue yang panggil kami pacik tapi kami rasa isteri dia x taw herm....kami mbiklah lauk makan2 herm...time makan tu Ya ALLAH macamana aku nak balik nie terfikir macamana nie.... lepas makan kami pun salam ngan macik tuan umah tu ( isteri pacik) pastu kami  jumpa pacik dengan ucapan "terima kasih pacik" "terimaz macik" heeee...Malunyaaaaa........
balik ke umah kak sue tolong kak sue, lepas solat  aku tolong goreng donat   dan popia........
siap aku balik

**Ber6
  • Aku
  • Nan
  • Qa
  • Nita
  • Hasnul
  • Ayu
Hari ini aku terasa pada som1  tapi aku terfikir aku manusia biasa manusia hahaha selalu wat salah macam aku ***banyak mulut biasala.....
Tapi aku terintis air mata aku time tu tapi aku cuba mencari ketenangan dalam ati herm.....
Terima kasih ya ALLAH untuk ari2 ku semuanya indah telah engkau tentukan....

Monday, March 14, 2011

Aku , Aku, Aku.....akuuuuuu

Sometime kita nek angin ngan owg len tpi x akan membencinya.....eya i'm believe it.....

Tapiiii.....
AKu x suka orang yang selalu share ngan org len pasal si polan 2 la tahu dah kita ni  insan biasa  kita selalu wat salah apa ngat kita nie ROBOT, Computer, machine, xpunya perasaan hahahaha.... kita kena jaga ati orang len juga n kita pastikan kita jaga ati dia..... Memg la FB ,tagged, FS, blog and etc salah 1 webpages kita leh share ngan member2 len tpi agak2 lah kan kita ngadu kat orang len bukan nak mitak  nasihat ke apa but nak lepaskan geram, marah, benci n ect......PASTI and aku sangat3 PASTI kita xakan dapat perkataan nie ::: kata "awak xbek kata macam tu, bnyakkan bersabar"  or "banyakkan ISTIFAR"  aku percaya sangat xda carik la kalo kena hasut lagi la ada  herm "sabar ja...kalo aku herm" or "ala apa lagi TAMPAL la".....Maaf lah aku just nak share ketidakpuasatian pada mereka2 nie....nanti si polan tu kecik ati plak, kita xtaw apa dia rasa kalo kita nak dia rasa apa kita rasa dia x taw apa yang kita nak dia  taw so terus terang bawak lah bebincang jan la terus melontar kat mana2 website....

Just nie aku nak share tuk pertengahan bulan mac nie heeee.....
Ya ALLAH kurniakan lah aku sifat2 ma'mudah dan jauhkan lah d sebaliknya...aminn...


***aik kata x suka nak share?
*** HAHAHAHAHA......nak cuba....



Friday, March 11, 2011

Hati ku di curi..♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Ahaa....aku x taw dan aku rasa keliru.....
adakah ini namanya CINTA??




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥





****xmungkin2

Ala nie lah nama dia cinta manusia xkekal kan....

herm......
****xTaw2......

Bila aku lihat dia aku rasa ada sesuatu istimewa dari dia tapi aku rasa dia hermmmm....

hahahaha
****apa yang aku mepek nie..
****xLeh jadi nie masi sih aku tewas bagitu sadJa....

AR dia kekasih hati aku lama dah aku ngan dia 3/3/08 sampai skarang sometime aku keliru sangat2
ahsal perlukan kesetian  dalam sesuatu hubungan?? Herm Xtaw2
**** agak2nya aku nie setia kew?? heee


****Setia2 untuk AR....
****Eya Kew??

******mungkin Eya heee......

terfikir2 menda bab cinta2 nie aku x berapa suka ntah apa pasak plak....
tapi yang pasti aku bercinta....


****kekedang aku terfikir dan memikir 
ahsal aku bercinta?? kepala hotak aku mula berfungsi macam2 la antaranyasebab aku suka dia and dia pun suka aku.....
ke aku xda pengangan agama yang kuat sampai aku terjerumus ke alam  ini...
*****macam2 aku fikir , ada 1 masa tu aku rasa dan merasa sangat2 dan tersangat2  rugi dan menyesal apsal aku bercinta bah kata  len ber 'couple'  ayat yang agak femes masa kini.....
Aku nak zaman sekolah aku time zaman sekolah aku x couple pun ah betul, betul lah .....tapi time lepasan SPM mnunggu result tu aku ter'couple' heeee ada istilah  "Terrrrr" nie watever sampai sekarang aku menyesal tapi aku xleh...
Aku selalu kata ngan member aku nama T Q n U  aku selalu kata kat dowg tu
" kedang2 hidayah perlu dicarik " 
kalo kita tunggu  kalo x datang kita sempat matik lagi la x sempat kita rasa kemanisan Iman macam mana .....
Kali ini geliran Aku plak carik......

***Aku harap aku mampu insha"Allah.......



******* NUR ......

Saturday, March 5, 2011

Bulan mAch

Awal Bulan nie aku nak  share ngan kowg2 kat sana....Tapi nak  share apa  eya... Ah smalam dan ari nie heheee Semalam aku ada program kat jeram linang kat machang qalate hehehehe program tu study sambil2 ber 'happy2'...penat sangat2 time balik kat bas bukan tidow pown tapi wat hal bising kat bas.....After balik umah langsung tidow samapilah esok pagi n ari ini jalan shopping g  kB Mall hahahha suka2 ngan member  shoping2......macam2 beli  kasut, tudung. beg, etc mcm2 la...balik2 penat...best2