Pages

Monday, May 23, 2011

Maaf, Ini Adalah Terbaik ( Kisah ku sebenar)

Awal tahun 2008 , pada 03/03/2008 aku dan Rahman terjalin hubungan  bah kata lain "couple" ini juga my 1st love dalam zaman remaja ku.. kami berhubung melalui SMS dan call, aku lepasan SPM 2007  menunggu result SPM aku.....
 setelah keluar result SPM aku,   aku meneruskan  perjuangan ku di kelantan iaitu di kolej teknologi darulnaim (KTD)..Hubungan aku dengan Rahman seperti biasa dan aku sentiasa berhubung dari masa kesemasa..Every morning and night ucapan Gud morning  and gud Night dear Aku terima.. sometime aku terfikir tentang aku dan Rahman , aku bukan mahram Rahman kenapa aku biar dia memenggil aku  dear  dan cyg  hermmm.....Hanya beberapa ketika aku insaf lepas tu aku lupa..


Kolej Teknologi Darulnaim , kolej ku  :-


  1. Aku kenal apa  islam ?
  2. Bagaimana islam hidup?
  3. hubungan antara siswi dan siswa?
  4. Tarbbiyah yang baik?
  5. Aku memperolehi teman-teman tahu tentang islam.
  6. mengenal aku cara hidup ku sebenar?
  7. banyak lagi aku perolehi****Alhamdullilah..

aku singkatkan cerita aku, kini aku di sem akhir sebelum melangkah ke final kami sekelas  ada  tugasan iaitu projek  dalam sem akhir ini aku mempunyai dua projek besar dan dua mini projek, yang mini ok la dapat buat tapi yang projek besar ini memakan masa yang lama dan kefahaman yang benyak so, hubungan aku dan Rahman makin hari makin renggang aku tidak kisah dan rasa rindu seperti dulu hilang begitu sahaja  ***Alhamdullilah .....Satu malam aku terfikir perlu ke aku teruskan hubungan HARAM ini ??
kepala otak aku terlayang Ya Allah akhirNya engkau bukan pintu hatiku ***ku terukir senyuman :)
selama ini aku tahu hubungan aku dengan Rahman adalah HARAM , tapi kenapa aku terus tunduk dengan  nafsu aku dulu kenapa sekarang baru pintu hati aku dibuka..Ya Allah, 3 tahun aku menjalin hubungan HARAM dengan bukan mahram ku terlalu banyak dosa yang aku perolehi  :( ... 
aku tidak berhubung dengan  Rahman selama seminggu  aku biar kan sahaja aku hanya tunggu masa yang terbaik untuk aku luahkan padanya aku takut menyakiti hatinya aku takut melukakan hatinya...Tapi 
http://www.iluvislam.com yang membuat aku teruskan untuk teruskan target ku ...
aku menunggu SMS atau Call dia......satu  malam  Ring Ring ring ring !!!
call dari Rahman ......aku angkat 


 Aku : As'salam....


Rahman : Wsalam....Cyg chat?


Aku : Chat... **Ya Allah bantui aku...


Rahman : Makan dah?? busy terus lama x msg?


Aku : Maaf cyg banyak kerja yang kena siapkan...Makan dah..
Aku : 1st of all sorry dulu ye...


Rahman : knpa ni mitak  maaf bnyak kali nie?..Cuba terangkan...


Aku : Rahman, kita kenalkan diri kita sebagai aku dan kaw  boleh?


Rahman : knpa cyg nie?......


Aku : Maaf..harap xeya meseg aku atau call aku harap kw faham....***aku perlu kuat


Rahman : knpa nie cyg dah ada yg len ke?


Aku : a'haa.. aku ada yang len aku jatuh hati pada jalanNya maaf...harap  faham kw carik la len aku xmampu teruskan hubungan ini*..k As'salam *** aku off hp aku....




Alhamdullilah aku rasa tenang dan rasa sangat-sangat bahagia setelah aku luahkan pada Rahman , maaf Rahman... 
Astaghfirullahalazim... Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi... Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah  yang jelas membuat aku tidak terkata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi...
Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh diriku sendiri. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa.......
Peliharala hati ini ya Allah....
Ya Allah tenangkan hati ini sentiasa amin..:)

Saturday, May 21, 2011

Aku bukan mereka....




Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..
Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.
Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.
Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!
Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.

Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.
Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.
Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.
Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?
Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.
Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.
Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.
Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.
Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.
Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.
Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya.Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.
Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.
Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.
Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.
Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.
Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.
Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.
Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...
Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.
Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..
Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!
Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!
Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.
Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.
Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.
"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]

Friday, May 20, 2011

UjianMu...

Ya Allah ujian, ujian dan ujian herm xleh kata la..
Ak dari x stress ke stress gara-gara c Faris nie oiesskkk.... ** ak jadi sengal bab dya lah nie, 
Plan nak wat solat hajat untuk Sc Comp Student last-last Allah x izin batal ..OOOOkkk ak terima...semalam ak terima meseg dari nama C Sengal :- 


Kita cancel solat hjat.
Dont asking,
pnjang cerita.


Oooook....nak wat camana dah Allah x izin.. Dalam on9 FB ak  info la kat member-member bahawa program tuh batal , lepas tuh member-member tanya kenapa?  ***pala hutak ak-->>ak hairan la apsal ak jak yg taw nie member-member len xtaw ke? , ak rasa ooo dya x sebarkan kali  nanti la tuh baru nak wat ayat kali ok fine....
Last-last esok ak on9 FB apasal c Faris x gtaw kat event nie programnya BATAL ak mula konpius  tegok chat box FB   dia on9 ak tegur la dengan ayat :-



Ak :-Faris betul-betul batal ke wei?
CS:- ni 20 kali



ookkkkkk fine....
wei masalahnya ak tanya diya baru kali ke 2 bukan 20 kalo xpe-xpe ak faham situasi dia..Tetiba plak la,
Member ak pown kata kalo kw nak datang datang la tapi kalo x datang kw yang rugi....
***pala hutak ak terlayang lagi...aissshh apasal plak dia nie, bukan batal ke?? .... Ak teringat muka c Faris aiskkkkk mamat nie..... Argggghhhhhh geram gila kat dya nie....Ak terpaksa gtaw kat dya info la kat event tuh kalo BATAL!!!! ngokkkkk betul la  pas tuh chow..ok fine... ak bukan nak chat ngan owg sengal nie.....  benci betul la heeeeeeeeeeeee........  Last- last ak terima PM  dari dia

maaf atas kesulitan yang tak dapat di elakkan..
dengan ini sukacita dimaklumkan.
program ni dibatalkan. (sukacita dukacita la hehehe farisX3)

Okk laaa baru wat rupanya...ak pown cuba la +ve thinking oowhh cian dya...
Ak tulis kali penuh kebencian dan kegeraman dengan mamat nie... Dislike U la....
So, cda kw citer nie nak wat apa.....***Alaa hilang la juga geram ak kat dia tuh dah dapat luah kan... 
Tapi kalo dya baca?? *****xmungkin la dya tuh owg-owg yang beragama jak dya layan....****ak x tersenarai ok....

Aku suke tengok pic nieyyy
Last word from me.... MAAF  ^_^ 




Ya Rabb....

Ya Tuhan ku ampuni dosa-dosa hamba ini ya Allah..Bukan niat ku memberi senyuman padanya bukan niat ku untuk bertemu dengannya tapi atas urusan tertentu..betulkanlah niat ku Ya Allah.  MySpace
Dengarkanlah suara hati ku ini ya Allah..Alhamdullilah atas ujian engkau beri :)


Allah Yang Maha Pemurah, terimakasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan saya dengannya.


Terimakasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama.

Terimakasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama.

Terimakasih untuk setiap saat-saat yang lalu.

Saya datang bersujud dihadapan-Mu,

Sucikan hati saya yaa Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup saya.

Yaa Allah, jika Dia bukan pemilik tulang rusukku,

janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya.

Janganlah biarkan saya melabuhkan hati saya di hatinya.

Kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya

dan usirlah dia dari relung hati saya.

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.

Tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk saya, yaa Allah, 

tolong satukan hati kami.

Bantulah saya untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.

Berikan saya kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.

Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima saya 

dengan segala kelebihan dan kekurangan saya sebagaimana saya telah Kau ciptakan.

Yakinkanlah dia bahwa saya sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka saya dengan dia.

Yaa Allah Maha Pengasih, dengarlah doa saya ini.

Lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Allah Yang Maha Kekal, saya tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat saya.

Luka dan keraguan yang saya alami pasti ada hikmahnya.

Pergumulan ini mengajar saya untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu

yang membimbing saya menuju terang-Mu.

Ajarlah saya untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak saya yang jadi dalam setiap bagian hidup saya, yaa Allah.
Amin Ya Robb  :( ….

Thursday, May 19, 2011

Bebas aku dari tindasan!!!

Tindasan apa plak nie?? aduiiii tindasan PROJEK giler, Alhamdullilah ya Allah terima kasih  siap juga akhir nya ^^...hahahaha suka3.......


Hari ini aku dapat apa aku mahu terima kasih Ya Allah........
 Ah nak conteng tentang  apa....... AHHHH  aBOUT semalam apa ah ?? jeng jeng  Mak kol cda :-




Mak: Hellow , As'salam ..anak ku  .....


Ak: ah hello Ma' ....Wa'salam....  ad apa ma'?? ma' rindu aik??


Mak : rindu la ***ma' gelak .. Nong ma' ad kim kan duit tuh ce tegok nanti eya?....


Ak: Eya ma' ...***Ak tertanya berapa aik ak xtnya pown......


Mak: mak' kim RM 200, bayar duit member nong pijam eya ank ku...


Ak: Aikkk ...ma' knpa bnyak sngat cda pijam xlah bnyak sngat pown..***ak pijam kat nita je pown kpla hutak ak wahhh~~~~ manyaknyaaa suka2.......


Mak :  sudah makan ke?


Ak : Dah ma'..Ma' plak? Ayah  mana? 


Mak : Alhamdullilah dah....bapa mu ad nie mw ckp?


Ak: Ahaa.... hehehe ^_^


Ayah : heloo ..'As'salam anak ku cyg..


Ak: wa'salam yah....hehehe *** Bapa aku mmg suka kol "anak ku cyg hehehe....Yah sudah makan? Ayah siat?




Ayah : Alhamdulillah....suda kamu?? mak sudah isikan duit tuh...


Ak: hehehe sudah.......Eya......


Ayah :- na k la anak ku cyg stdy la...bapa mw tidow....


Ak :- k pah' assalamualaikum......


Ayah :- Wa'alaikumsalam......:)




Ak duk diam2 n sambil tetegok hamba Allah itu lalu depan umah masa magrib ****Pala hutak ak kata oooo rajin p masjid hehehe..... Tetiba ring ring ring ring.....Hp ak berdering tetegok no Ayah....
Ak pown angkat Ayah dan anak :-


Ayah :- As'salam ank ku....


Ak:- wa'salam pah'....


Ayah :- mintak maaf  bapa lupa isi kan krdt..




Ak:- hahaha xapa la pah' ***suara terharu  wahhhh~~~ yahhhh


Ayah :- nanti  bapa isi kan eya?


Ak:- ahaa...tpi xpa la ada juga duit ma' kim tadik...


Ayah :- Eyala ..na k la ank ku...


Ak:- k pah' salam....


Ayah :- Wsalam...
Masa aku sangat terharu.......


herm....yang pastinya dengan jelas dan tepat....luv u ma' n pah'.....
Love u my big BOse....hehehehe........


mY beloved Family...sayangg semua....
moga Allah redhai hidup kita semua amin....

Wednesday, May 18, 2011

Sometime kena Fikir la.... Lawan Lawan Lawan....

Aku Aku aku aku aku aku aku dan AKU ..... Aku manusia biasa eya2 aku manusia biasa yang bnyak kekurangan lg dhaif....Ujian , ujian , ujian dan ujian  terima kasih ya Allah.. dulu aku lagi suka diri aku aku rindu dengan diri aku aku bangga diri aku dulu Tapi Sekarang mengapa aku jadi macam ni..Kisahnya bermula dari aku d KTD kolej yang membawa aku ke arah lebih bek lebih mengenal diri aku lebih penting memahami aku tentang ISLAM yang sebenar TAPI aku d uji di sem last aku di sini mengapa aku di uji aku tanya pada diri aku sendiri tertanya-tanya mengapa??????????????
  • memang 1 Fitrah kita manusia hahahaha.....Dikenali sebagai Fitrah....
  • Ujian , ujian ujian dan ujian ah..like ujian terima kasih ya Rabb....
Aku kena lawan aku kena lawan kena kena x akan give up...
Hancurrrrr wat malu muka aku xleh3...hahaha kita tutup cerita aku aku aku nie.......
aku akan merindui mereka3 ini.........
aku banga ngan member2 aku terutamnya UMMU HANI   terima kasih ummu atas segala yg kw beri love u...hehehe BTW  aku punya teman2 yang sentiasa kawan yang membuat aku terrr :-
  • Tersenyum
  • Tertawa
  • TerRenung
Sem nie sem last kami bersama mesti rindu giler3 tahap gaban hahahahaah.... Grantley ^^





Lawan lawan lawan ....
lawan perasaan tuh cda......
cda boleh....hahahaha

Sunday, May 8, 2011

UjianMU ak terima

Ahpasal ak nie  dalam 2 3 hari ini  ak xfaham perasaan ak  huh~~~ Ya ALLAH apa perlu ak wat ya ALLAH huh ak xmampu nak kata apa huhhh~~~~   Setiap ujian engkau beri ak terima terima kasih Ya ALLAH memberikan ak ujian untuk ak teruskan hidup d muka bumi  ini..Ujian ini ak rasa berat sangat2 ak x  mampu nak pikul , mampu ke ak teruskan.......****Cda Boleh insha'Allah ALLAH bersama cda     MySpace  ak x suka kat dia ak takut nak kata apa, dah nak 3 tahun ak kat kolej ak xpenah jatuh hati kat lelaki kolej apasal ak sem last nie makin jadi macam nie ya ALLAH jauhikan la ak dari dia amiin..... MySpace ak sedih pada diri ak  apsal ak jadih macam nie, ak kena kuat, kuat kuat be strong cda chaiyoookk cda boleh!!!  Ya ALLAH jauhi la ak dari bisikan syaitan2 ya ALLAH pelihara la ak Ya ALLAH......




Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala