Pages

Tuesday, June 14, 2011

Saat aku tunggu

Alhamdulillah.. 

akhirnya aku di KL dah nie aku tunggu saat airasia terbang ke sabah  diri ini tidak sabar 

untuk menjejak kaki di 

tanah air ku sendiri..

 Terasa sediy bila tinggal kan members teringatkan masa bersama tika happy, 

tika sedih, tika terkecil hati, tika termarah n terrr la...hehehe 


Nilai seorang sahabat



Finaly

Alhamdulillah akhirnya aku dah habis study untuk diploma (wink3 :*) banyak memori aku kat bumi kelantan

nie macam-macam aku jumpa kawan2, makanan, loghat , cara manusia, and everything la by the way, aku

seronok dok sini  , teman aku semuanya baik-baik.... aku belajar pelbagai jenis cara hidup kat qalete nie

kihkkih..rindu kat ibu ngan ayah so so so much la....adik-adik cda  serta nenek cda..hehehe

 Terima kasih teman2 ku sekalian maaf atas kesilapan dan kesalahan aku lakukan pada kowg2..

clasmate


  • Abbas salimi
  • muhd rozziey
  • muhd hafiz
  • ramlan
  • andi muhd farhan
  • Ahmad faris 
  • kak  mizah
  • ummu hani'
  • nida
  •  qa
  • kak sue
  • Nan
  • Nita 
  • Cda (Aku)

Terima kasih semus love u all...hehehe wat P.A ku cik husna terima kasih banyak cik sranghee yoo...

dan xlupa pada bonda puan harzun kamsahmidah semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan...

cik puan zimah terima kasih cik puan kami sayang sangat2 kat cik puan..TERIMA KASIH PADA SEMUA  

LECTURER aku sayang semua terima kasih atas segala pegorbanan  yang telah kalian berikan terima kasih...


My homet
  • Ain
  • sazzy
  • ani
  • mey
  • ema
  • cda (aku)
Terima kasih eya teman2 kalian maaf kan diri ku bila terrrMarah. TerrrAmbil anything, TerrTekingg, and 

terrrr la..aku sayang kamu suma tapi malu berkata i love u ...hehehehe  MAAF dari diri ini...


Thursday, June 9, 2011

Dimana Cantiknya Wanita






Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

  •  Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

  •  Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

  •  Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  •  Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
  •  Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
  •  Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
  •  Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

♥ Aku sayang keranaNya ♥

Hari ini kononnya aku nak gi kolej tapi Xjadi pasai ape?

 (dah aku malas nk g tegah syok tidow ZZZZzzzzzz) 

Tidow3X sape x 

suka bab tidow nie hikhikhik (tuh pasai pala hutak aku pown nek pening)

Tapi aku memang rugi banyak masa aku terbuang

Tapi oleh kerana aku aku kata "sayang bangun study"

(Eya aku bangun la nanti) monolog dalam aku  lemparkan hihihi

So akhirnya aku bangun dan study Yesssss!!!!!

   FB seketika (Ala kejap jak pown)

Masa terbuang lagi aduiina  CDA wake up!!!
Tetiba Ring ring ring 

sape plak call aku ni ( Ayah aku la yahooo)

perbualan kami agak panjang  (dah aku tanya ayah aku suma orang kat umah hihih)

to be continue 

 Study jam menunjuk pada pukul 9.05 pm

Ring Ring Ring  (HP aku berdering kali kedua lagi la)

 Owh Ok(aku nak g ke x aku nak g ke x)

akhirnya aku p



Dan


Terima kasih kowang-kowang sponser aku 

 insha'Allah 

nak sponser kowg la nanti walaupun seteguh  air (seteguh ke, ke setelan hehehe)

Tapi

Jika X sempat Allah akan membalas lebih dari kita mahu


aku harap semoga ukhwah ini akan terjalin atas jalanNya

sentiasa dalam redhaNya

Moga sentiasa bersamaNya

(wahai teman-teman yg aku kasihi kernaNya)

Dan

 akan kekal selamanya

(Buat semua)

Love ur all coz  HIM (Allah)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




Tuesday, June 7, 2011

My Knowledge

Satu  perkara baru aku tahu   

' Wanita Berasal Dari Tulang Rusuk Lelaki '  

1'ts aku pun rasa ia benar tapi hari ini 

aku tahu wanita berasal dari tulang rusuk

bukan la fakta yang benar..(Terima kasih ya Allah)

Ce rujuk yang ini

 (Part 1)




Monday, June 6, 2011

Saat..

Alhamdullilah (wink3 :*)

Hidupnya aku hari ini karnaNya

Tercatatnya Post ini juga KarnaNya

Ujian yang Engkau berikan pada hamba ini 

Aku terima ( Makasih Ya Allah)

Aku tahu ujian yang Engkau  beri pada ku  

adalah ujian yang aku mampu pikul 

(Insha'Allah) kuatkanlah hati ini dalam erti mengenal 

islamMu 

Coretan kali ini aku beri untuk diri ku iaitu semangat pada diri ini

Ya Allah perkuatkanlah hamba ini dalam menempuh liku-liku 

kehidupan sebagai hambaMu

Aminnn....

Hari demi hari

detik demi detik

saat saling berganti

masa semakin pergi 

aku menanti  1 hari yang sangat bermakna iaitu 

15.06.2011 (Rabu)

bersamaan (13 jamadilakhir)

Hari ini akan ku tinggalkan bumi kelantan 

aku tinggalkan rumah sewa aku

aku tinggalkan KOLEJ 

serta teman-teman aku yang mengajar aku 

erti persahabatan yang sebenar

pensyarah-pensyarah aku yang membimbing ku kearah lebih baik

Ya Allah permudahkan mereka dalam semua hal  aminn

terima kasih semua..Maaf dari aku






"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Saturday, June 4, 2011

Warkah Darinya


Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..
Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.
Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.
Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.
Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.
Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku ini..
Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..
Ikhlas daripada bakal suamimu..


petikan diambil..i luv islam..