Pages

Thursday, April 28, 2011

2 minggu lagi nak Final....... MySpace

Final nak tiba untul PSK ngan JAVA sebulan dari sekarang  ah ak rasa susah ak  nak pecaya  wowoooo~~~~~
Minggu nie nak hbis semua esaiment DISLIKE  but ter"Force" nak MKK..Otoke..... hahaha ak masih senpoi  lagi tuh ahahahha    MySpace  That my self la anyway ak nak sangat dapat Hwaiting cda.....
Angah pown Chaiyookkk... 15/06/11 rasa x sabar nak melangkah kaki ak  dari umah dan nak pijak umah ak Rindu  kat ibu, ayah, nenek, along, yiejah, aisah, Abu, n mad2  pogospohmnida hahaha....MySpace.......




Wednesday, April 27, 2011

Suka Ati Ak la MySpace

Selalunya ayat nie ak selalu ngan dari mulut owg len or Teeerrr Baca kat wall kew Blog Owg len "SUKA HATI AKU LA" hahahaha kali nie ak nak try la plak tempek kat Blog ak bukan nak menerik perhatian  atau apa.. dah Ak memeng  macam nie suka ati ak la nak tulis apa pown nak suka apa pown nak minat kat sape powm ada ak kessah xdakan apasai plak tebuni kw yang panas!!!! wooooooo kw tuh sape?? xdala saja sak tuh nak mencantekkan ayat ak hehehe....By the way , ak tetap ak n U still u  not my problem u punyer problem u punyer apasai nak bagi2 owg  DISLIKE    MySpace   Apsai ak tulis tajuk nie aik ari nie? mcm sak x puas ati nie huh~~~~~ Why , why , why n why??? Persoklan yang agak kriktikal hahahaha
 my answer just simple sak hahaha "SUKA ATI AK LA NIE BLOG AK AK NAK TEMPEK APA POWN NAK CATAT APA POWN ADA SAHAM MU NAEK"........Ayat ak nie xdah faedah la nak share kat Blog ak nie hahahha "ADA AK SUH KW BACA ??!!!" kan  kena hahahha 
Emoticons border=0>


Ari nie ak taw dua perkara 1 song joong ki  leave running men  ah???  TIDAKK!!!! .....Ak plak yg OVER nie isk..lorr "suka ati ak la" and  perkara ke2 jadual final ak pown dah taw.... jEap2 nak catat juga nie hehehe  MySpace


MySpace

  1. Pendidikan Islam-------------------------------------->>>>25/05/11 (9.00pg)
  2. PSK-------------------------------------------------->>>>28/05/11 (9.00pg)
  3. JAVA------------------------------------------------->>>>28/05/11 (2.30ptg)
  4. Software enggenering --------------------------------->>>>30/05/11 (9.00pg)
  5. MIS--------------------------------------------------->>>>11/06/11 (2.30ptg)
  6. RK---------------------------------------------------->>>>12/05/11 (2.30ptg)



MySpace  





Tuesday, April 26, 2011

Perkongsian Bersama....


Wahhh~~~ Final nak menjelang nak balik kampung pown nak Tiba dah.....Apa Final???!!!!
ah tidakkkkk!!!!! Erm ak rasa diri ak dah ready kew???  macamana ngan subjek ak mbik nie?? ***** Otak ak melayang seketika fikirkan subjek2 sem nie dah------->>> Matik la dah la ak sem last ooooooww TIDAK xNAK!!!! x mungkin ya ALLAH bantuilah kami aminn...<------------------

  • JAVA-----------------------------15%
  • Software E---------------------80%
  • Network------------------------75%
  • MIS-------------------------------50%
  • PSK-------------------------------45%
  • PAI -------------------------------85%
wahhhh~~~ Tinggi nya tapi kena BAHAGI  ngan 2 baru betul alamak matik la OtoKE......Takut Serammm........
Running Man salanghandanyo....


aku manusia lemah…
Selalu terjatuh..
berbeda aku darimu..
kau berdiri teguh..
aku serba tiada
aku kekurangan..
dan bila kau tiba...aku hilang dr kewujudan..
c/o
Sempurnanya sifatmu..
tulusnya hatimu jujurnya niatmu tingginya kesabaran mu..
lepaskanlah diriku kerna
aku tak mampu tuk menangung sebuah cinta sempurna darimu..
darimu…oh oh oh…

Bukan aku tak pernah mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku..
hilangkan rasa ini dan akhirkan semua..
dan bila kau sedar aku hilang dr kewujudan..

Cinta Sempurna
-Yuna-

Saturday, April 2, 2011

Rasulullah Seorang Pemaaf.. MySpace

Rasullullah adalah seorang yang sangat penyabar dan menjadi contoh kepada kita semua. Dalam beberapa kes baginda memaafkan orang yang melakukan kesilapan walaupun kelihatan kesilapan itu sangat besar.

Contohnya ;
1. Wanita Yahudi yang selalu membuang abu dapurnya ke atas nabi sewaktu nabi SAW melalui rumahnya setiap hari untuk pergi ke Masjid. Suatu hari didapati wanita itu tidak membuang abu seperti biasa, bila diselidik, rupanya wanita Yahudi itu sedang sakit. Nabi SAW menziarahi beliau. Wanita Yahudi sangat terkesan dengan kunjungan baginda kerana walaupun sering disakiti baginda bersedia memaafkan, bahkan menziarahi pula beliau sewaktu sakit.

2. Peristiwa dakwah Nabi SAW ke Taif. Kanak-kanak diupah membaling batu ke tubuh Nabi SAW. Baginda disakiti sehingga darah mengalir ke kaki baginda dan dakwah baginda ditolak.Malaikat datang menawarkan agar dianggkat bukit untuk dihempap ke atas kaum Taif. Namun baginda dengan sabar menolak tawaran Malaikat sambil mendoakan agar penduduk Taif diberikan hidayah oleh Allah.
Kedua-dua peristiwa ini menujukkan bahawa, kemaafan yang baginda berikan ini bersifat individu. Jika kesalahan yang dilakukan hanya melibatkan seseorang individu atau masyarakat Arab ke atas baginda secara peribadi, baginda bersedia memafkannya.

Namun kita dapati bahawa baginda mengambil sikap yang sangat tegas terhadap mereka yang telah melakukan khianat dan memberikan mudarat kepada umat Islam. Dalam situasi begini, baginda tidak lagi memaafkan mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Contohnya 1.
Nabi SAW dan para sahabat diperintahkan Allah agar berhijrah ke Madinah, setelah melalui tempoh penderitaan, penidasan dan kezaliman selama lebih kurang 13 tahun.Hijrah mereka ke Madinah sehelai sepinggang , tidak dibenarkan membawa sebarang harta. Meninggalkan kampong halaman dan sanak saudara. Di Madinah mereka membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan aman damai di bawah pemerintahan Baginda SAW.

Melihat dari satu sudut, wajar saja mereka memaafkan kaum Quraisy yang telah banyak menindas mereka. Mereka boleh lupakan kehidupan di Mekah , kerana di Madinah mereka boleh hidup dengan lebih baik. Mereka boleh redhakan segala tindakan yang pernah dikenakan kepada mereka. Mereka boleh halalkan segala harta yang ditinggalkan kepada kaum Quraisy. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kaum muslimin ingin agar hak dan kepunyaan mereka dikembalikan. Faktor inilah antara yang membawa kepada berlakunya peperangan Badar dalam tahun ke dua Hijrah.

Contoh 2.
Dalam kisah berlakunya Bai'tur Ridhwan. Nabi SAW bersama 1500 para sahabat ingin kembali Ke Mekah menunaikan umrah setelah 6 tahun dihalau ke Madinah. Baginda SAW bermimpi memasuki Mekah dengan aman sambil mengerjakan umrah. Mereka ingin kembali dalam keadaan aman dengan tidak membawa senjata peperangan. Hanya berbekalkan pedang bersarung, diletakkan unta dan haiwan untuk korban 'al hady' dihadapan rombongan mereka sebagai bukti perdamaian yang mereka inginkan. Kedatangan mereka telah disalah sangka oleh kaum Quraisy. Mereka menuduh , kaum muslimin hendak menyerang Mekah. Quraisy menghantar Urwah bin Mas’ud untuk meminta penjelasan dari kaum muslimin tentnag tujuan kedatangan mereka.Beliau secara peribadi dapat menerima hakikat kadantangan Nabi bukan untuk berperang berdasarkan bukti-bukti yang jelas.

Malangnya Quraisy enggan menerima penerangan dan bukti-bukti yang dinyatakan, bahkan tetap berkeras mendakwa kaum muslimin ingin menyerang mereka. Rasulullah SAW menghantar pula Saidina Uthman untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka kepada kaum Quraisy.Tersebar berita bahawa Saidina Uthman telah dibunuh. Nabi dan para sahabat bersepakat utk membela darah Uthman, lalu mereka mengadakan bai’ah (janji setia) dan tidak akan kembali ke Madinah sehinggalah darah Uthman terbela.Mereka sedia berdamai atau mati syahid.Gerun dengan kesepakatan kaum muslimin yang kelihatan bertekad untuk menuntut bela , Quraisy menghantar Suhail bin Amru untuk berbincang dengan mereka. Lalu termeterailah perjanjian Hudaibiyah, perjanjian damai antara kaum muslimin dan kafir quraisy.

Contoh 3. Kisah pembukaan Kota Mekah.
Menurut perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai antara Quraisy dan Nabi Muhammad SAW, mana-mana kabilah bebas untuk mengadakan hubungan sama ada dengan kaum Quraisy atau dengan kaum muslimin. Dakwah dan kerja agama bebas dilakukan di Tanah Arab.Bani Bakr bekerjasama dengan Quraisy, manakala Bani Khuza’ah pula mengikat janji untuk bersama dengan kaum muslimin di Madinah. Namun Bani Bakar telah bertindak melampau dengan menyerang Bani Khuza’ah serta membunuh 20 orang dari kalangan mereka. Kaum Quraisy bertindak membantu Bani Bakar. Tindakan ini bercanggah dengan perjanjian Hudaibiyah yang telah dicapai bersama iaitu semua kabilah bebas bergerak dan memilih untuk bekerjasama dengan sesiapa saja . Perbuatan khianat mereka telah mengundang kemurkaan Nabi SAW dan para sahabat. Tindakan mereka tidak dapat dimaafkan oleh kaum muslimin yang jelas tidak menghormati hak asasi kabilah-kabilah Arab. Nabi SAW mengambil tindakan nekad hendak menyerang kaum musyrikin Mekah. Baginda bersama hampir 10 000 tentera , disamping beberapa kabilah yang turut serta bersama mereka.

Ringkasnya kaum muslimin berjaya menguasai Kota Mekah tanpa ada pertumpahan darah. Baginda SAW telah melepas dan memaafkan semua penduduk Mekah atas perlakuan mereka sebelum ini. Namun beberapa orang pembesar Quraisy dijatuhkan hukuman oleh baginda.Merekalah yang menjadi punca kezaliman terhadap kaum muslimin.

Peristiwa Bai’ah Ridhwan dan pembukaan Kota Mekah di atas menunjukkan bahawa kaum Musyrikin Mekah telah melakukan kesilapan dan pengkhianatan terhadap Nabi SAW dan kaum muslimin. Pengkhianatan ini bukan lagi dilakukan kepada Rasulullah seorang sebagai individu, sebaliknya melibatkan seluruh kaum muslimin. Baginda tidak mengambil jalan memaafkan , sebaliknya mengambil sikap yang tegas terhadap kaum Quraisy, bahkan bersedia untuk berperang demi membela kebenaran dan mengajar kebiadaban pembesar Quraisy.

Kesimpulan
1. Pada dasarnya, memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita adalah amalan yang mulia dan sangat digalakkan oleh Islam. Kesilapan yang bersifat individu tersebut yang hanya kena pada diri seorang sahaja adalah wajar dimaafkan dan memberi peluang kepada yang bersalah memperbaiki kesilapan dirinya. Sebagaimana Rasulullah memaafkan kesilapan wanita Yahudi dan kaum Taif, kita juga hendaklah bersedia memafkan sesilapan orang lain terhadap diri kita.

2. Namun jika kesilapan tersebut membabitkan hak orang ramai , lebih-lebih lagi jika ia melibatkan maruah dan masa depan mereka, mereka berhak untuk tidak memaafkan orang yang bersalah. Mereka berhak mengambil tindakan yang tegas bagi memastikan kesilapan tersebut tidak berulang kembali Sebagaimana Nabi SAW bertindak menyerang Quraisy Mekah dalam pembukaan Kota Mekah. Jika dibiarkan, mungkin kesilapan Quraisy akan diulang kembali pada masa depan sehingga boleh menjejaskan dakwah dan perkembangan Islam. Kezaliman mereka mungkin berterusan dan penindasan yang mereka kenakan kepada kaum muslimin selama beberapa tahun sebelum itu tidak dapat dihentikan. Maka tindakan Nabi SAW menyerang Kota Mekah adalah tindakan terbaik yang diambil oleh baginda SAW bagi menyelesaikan konflik semasa.

Selagi ada ruang kemaafan, maafkanlah terutama jika membabitkan diri kita sebagai individu. Sesekali tindakan tegas juga adalah wajar bagi mengelakkan mudharat yang lebih besar tersebar dalam masyarakat terutama apabila membabitkan orang yang ada kuasa.Jika salah kuasa digunakan, mudharatnya akan tersebar .

Moga memberi panduan untuk kita semua.MySpace