Pages

Tuesday, June 14, 2011

Saat aku tunggu

Alhamdulillah.. 

akhirnya aku di KL dah nie aku tunggu saat airasia terbang ke sabah  diri ini tidak sabar 

untuk menjejak kaki di 

tanah air ku sendiri..

 Terasa sediy bila tinggal kan members teringatkan masa bersama tika happy, 

tika sedih, tika terkecil hati, tika termarah n terrr la...hehehe 


Nilai seorang sahabat



Finaly

Alhamdulillah akhirnya aku dah habis study untuk diploma (wink3 :*) banyak memori aku kat bumi kelantan

nie macam-macam aku jumpa kawan2, makanan, loghat , cara manusia, and everything la by the way, aku

seronok dok sini  , teman aku semuanya baik-baik.... aku belajar pelbagai jenis cara hidup kat qalete nie

kihkkih..rindu kat ibu ngan ayah so so so much la....adik-adik cda  serta nenek cda..hehehe

 Terima kasih teman2 ku sekalian maaf atas kesilapan dan kesalahan aku lakukan pada kowg2..

clasmate


  • Abbas salimi
  • muhd rozziey
  • muhd hafiz
  • ramlan
  • andi muhd farhan
  • Ahmad faris 
  • kak  mizah
  • ummu hani'
  • nida
  •  qa
  • kak sue
  • Nan
  • Nita 
  • Cda (Aku)

Terima kasih semus love u all...hehehe wat P.A ku cik husna terima kasih banyak cik sranghee yoo...

dan xlupa pada bonda puan harzun kamsahmidah semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan...

cik puan zimah terima kasih cik puan kami sayang sangat2 kat cik puan..TERIMA KASIH PADA SEMUA  

LECTURER aku sayang semua terima kasih atas segala pegorbanan  yang telah kalian berikan terima kasih...


My homet
  • Ain
  • sazzy
  • ani
  • mey
  • ema
  • cda (aku)
Terima kasih eya teman2 kalian maaf kan diri ku bila terrrMarah. TerrrAmbil anything, TerrTekingg, and 

terrrr la..aku sayang kamu suma tapi malu berkata i love u ...hehehehe  MAAF dari diri ini...


Thursday, June 9, 2011

Dimana Cantiknya Wanita






Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

  •  Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

  •  Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

  •  Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  •  Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
  •  Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
  •  Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
  •  Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

♥ Aku sayang keranaNya ♥

Hari ini kononnya aku nak gi kolej tapi Xjadi pasai ape?

 (dah aku malas nk g tegah syok tidow ZZZZzzzzzz) 

Tidow3X sape x 

suka bab tidow nie hikhikhik (tuh pasai pala hutak aku pown nek pening)

Tapi aku memang rugi banyak masa aku terbuang

Tapi oleh kerana aku aku kata "sayang bangun study"

(Eya aku bangun la nanti) monolog dalam aku  lemparkan hihihi

So akhirnya aku bangun dan study Yesssss!!!!!

   FB seketika (Ala kejap jak pown)

Masa terbuang lagi aduiina  CDA wake up!!!
Tetiba Ring ring ring 

sape plak call aku ni ( Ayah aku la yahooo)

perbualan kami agak panjang  (dah aku tanya ayah aku suma orang kat umah hihih)

to be continue 

 Study jam menunjuk pada pukul 9.05 pm

Ring Ring Ring  (HP aku berdering kali kedua lagi la)

 Owh Ok(aku nak g ke x aku nak g ke x)

akhirnya aku p



Dan


Terima kasih kowang-kowang sponser aku 

 insha'Allah 

nak sponser kowg la nanti walaupun seteguh  air (seteguh ke, ke setelan hehehe)

Tapi

Jika X sempat Allah akan membalas lebih dari kita mahu


aku harap semoga ukhwah ini akan terjalin atas jalanNya

sentiasa dalam redhaNya

Moga sentiasa bersamaNya

(wahai teman-teman yg aku kasihi kernaNya)

Dan

 akan kekal selamanya

(Buat semua)

Love ur all coz  HIM (Allah)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




Tuesday, June 7, 2011

My Knowledge

Satu  perkara baru aku tahu   

' Wanita Berasal Dari Tulang Rusuk Lelaki '  

1'ts aku pun rasa ia benar tapi hari ini 

aku tahu wanita berasal dari tulang rusuk

bukan la fakta yang benar..(Terima kasih ya Allah)

Ce rujuk yang ini

 (Part 1)




Monday, June 6, 2011

Saat..

Alhamdullilah (wink3 :*)

Hidupnya aku hari ini karnaNya

Tercatatnya Post ini juga KarnaNya

Ujian yang Engkau berikan pada hamba ini 

Aku terima ( Makasih Ya Allah)

Aku tahu ujian yang Engkau  beri pada ku  

adalah ujian yang aku mampu pikul 

(Insha'Allah) kuatkanlah hati ini dalam erti mengenal 

islamMu 

Coretan kali ini aku beri untuk diri ku iaitu semangat pada diri ini

Ya Allah perkuatkanlah hamba ini dalam menempuh liku-liku 

kehidupan sebagai hambaMu

Aminnn....

Hari demi hari

detik demi detik

saat saling berganti

masa semakin pergi 

aku menanti  1 hari yang sangat bermakna iaitu 

15.06.2011 (Rabu)

bersamaan (13 jamadilakhir)

Hari ini akan ku tinggalkan bumi kelantan 

aku tinggalkan rumah sewa aku

aku tinggalkan KOLEJ 

serta teman-teman aku yang mengajar aku 

erti persahabatan yang sebenar

pensyarah-pensyarah aku yang membimbing ku kearah lebih baik

Ya Allah permudahkan mereka dalam semua hal  aminn

terima kasih semua..Maaf dari aku






"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Saturday, June 4, 2011

Warkah Darinya


Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..
Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.
Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.
Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.
Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.
Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku ini..
Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..
Ikhlas daripada bakal suamimu..


petikan diambil..i luv islam..

Friday, June 3, 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran..




Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Thursday, June 2, 2011

Korea Out

 annyeong hasimnika… (korea language) aku memang minat korea, artis, movie, drama, tV show, fashion, 

song, dance, speaking and other di tahap gaban .. dulu aku, aku watch citer korea dalam 16 episod aku ambil

 masa 2 hari not 2 hour melampau..macam citer aku dah tegok semua mission sama ja pown xde yang 

bedanya SARANGHae cinta cinta cinta cinta tapi aku layan memang best , comedy, cool , romantik, macam ar 

itu la diri ku dulu kini aku cuba dan try hilangkan Alhamdullilah hampir terhapus dalam diri ini 99% la aku le 

conclusion kan hik hik hik.. Tingkatan 2 aku mula minat  dengan citer 'love in paris' dulu ada kat Tv2 jam 11-

12  tegah ari aku sanggup lambat ke sekolah demi citer ni..xsalah kita minat kat artis-artis korea nie hihihi 

ada member aku kata 'Ahpasal la artis-artis korea ni ensemX2 suma pening pala hutak aku nak pilih'..bahaya 

nie zon bahaya nie (aku nie memandai jak la plak)  aku nak hapus menda ini xde sebab tapi suka-suka lagi 

pown time aku minat pown just suka-suka..aku aku korang korang so ini pendapat aku, aku pown kena 

respect la gak orang punye pendapat suma plastikX2 xde orangg asli atau nutrel  people .. So jika itu terbaik 


diri laksanakan la..^_^ peace V.V......Aku layan citer korea juga no hal hehehe 



Saat  memberi ucapan selamat ( 축하할 때 )


Sebenarnya banyak ucapan selamat dalam bahasa Korea, ucapan itu semua menggunakan kata …..축하 

드립니다chukha deurimnida ) atau  축하 합니다 (  chukha hamnida ) ” Selamat….. ”  misalnya “ 생일 축하 합

니다 ( saengil chukha hamnida ) selamat ulang tahun . 결혼 축하드려요 ( gyeolhon chukha deuriyeoyo ) ” 

selamat menikah ” dan masih banyak yang lain seseuai dengan situasinya. Untuk yang mau lebaran, 

bisa juga diucapkan ” 단식 축제 일 축하 합니다 ( dansik chukje il chukha hamnida ) ” selamat hari lebaran “.


Wednesday, June 1, 2011

Malas Aku di tahap gabans....





Malas ku makin hari makin nek ke tahap gabans herm..(hari-hari aku malas) malas aku nie  malas pada yang satu iaitu malas study  hik3..padahal aku dah sem akhir tapi wat malas-malas ag apsala plak..(xtaw3) tapi aku suka baca blog org aku cerik some story yang make my self tertarik.Ah sebelum catat tajuk ini aku sampat baca 2 tajuk yang agak berguna herm..welldone hik3...

jom kita search apa meaning malas??

Apa Erti Malas? Inilah soalan yang malas kita mencari jawapannya maka malas ialah sikap kita. Di dalam .Adat.Istiadat. MALAS adalah musuh ketat  yang boleh membentuk sikap dalam diri kita agar segala pembaik pulih segala perjanjian pemulihan untuk menuju ke arah taubat nasuha terbeku dan rosak akan segala budi pekerti yang sopan santun berubah menjadi jahat yang tersembunyi dan akhirnya ia terdiri dari golongan munafik. Nauzubillah. Kita berlindung diri kita kepada Allah simpang jauh dari amalan kita. Di bawah ini adalah kata kunci agar menjadi pedoman kita adalah seperti berikut: 

  • Munafik – Aturan Laksanakan Amalan Syaitan =M.A.L.A.S مالس
  • Membuat Aturan Laksanakan Amalan Syaitan = M.A.L.A.S مالس
  • Membuat Amalan Laksanakan Aturan Syaitan = M.A.L.A.S مالس


Inilah tiga (3) jenis kata kunci sifat-sifat orang munafik yang perlu kita perangi di dalam diri kita agar ia tidak wujud pada peribadi tabiat atau perangai kita agar kita hidup selamat dunia dan akhirat.

Perangi Malas!!! Perangi Malas!!! Perangi Malas!!!


1.Pada mulanya kita malas membuat sesuatu yang di suruh oleh bapa atau ibu atau siapa juga yang menguasai atas kita. Bila di tanya kenapa tidak siap mengikut jadual kebiasaan sesuatu kerja. Maka si pemalas ini mulai berbohong dengan berbagai alasan. Mula dengan bohong kecil-kecilan lama kelamaan sudah menjadi tabiat biasa sampai dewasa maka lahirlah jenerasi munafik sebab berbohong itu adalah salah satu sifat orang-orang munafik.



2.Malas juga boleh menyebabkan sesuatu kerja tidak dapat di selesaikan mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan kerugian yang besar pada usahawan dan boleh menjadi muflis.


3.Malas juga adalah musuh utama kita sebab sifat ini adalah jalan kesesatan Iblis dan Syaitan Laknatullah . Mereka sememangnya berhasrat agar kita leka lalai dan malas agar hasutan mereka itu dapat menjerumuskan diri kita menderita di dunia dan di akhirat kekal abadi di dalam api neraka.


4.Kerjaya dan rancangan mempunyai hasrat yang tinggi untuk berjaya. Dengan adanya sifat malas bertindak dengan segera maka peluang yang hampir kita mencapainya diragut oleh mereka yang rajin berusaha mencapainya apabila peluang berada di hadapannya.


5.Allah swt tidak suka pada manusia yang malas bersolat, dan beramal ibadat yang wajib ke atas mereka, maka layak diri kita mendapat penderitaan sepanjang hayat kekal abadi sebab malas adalah penyebab utama menganiayai diri kita. Apa salahnya kita rajin berusaha di dunia yang hidup sementara dengan beramal ibadat bersungguh-sungguh menegakkan yang hak dan menjauhkan yang bathil  agar kita mendapat keredaannya. Inilah anak kunci kejayaan kita untuk mendapat rahmat-rahmat dan kasih sayang Allah terhadap diri kita sebagai hambanya. Demi untuk mengesakan Allah swt

Dengan pedoman lima perkara ini sebagai contoh tauladan pada diri kita agar menjadi insan atau manusia yang berguna sebagai hamba Allah sebut sebagai  Abdullah.