Pages

Monday, March 28, 2011

Siapa Mereka... MySpace

Pendeta anti-Israel bakar bendera Israel di Bailtulmaqdis





Isnin , 28/03/2011 - Pada petang Isnin lepas, sekumpulan pendeta Yahudi yang anti-organisasi Neturei Karta Israel/ rejim Zionis telah membakar sebuah bendera Negara Israel. Ia bersempena hari cuti Yahudi yang digelar Purim. Kejadian berlaku di Baitulmaqdis yang dirampas rejim Zionis.
Akhbar Maariv berkata pendeta-pendeta tersebut mahu menzahirkan penentangan mereka terhadap aktiviti penaklukan Palestin dan penafian hak-hak rakyat Palestin ke atas tanahair mereka. Menurut akhbar itu lagi, kumpulan pendeta itu mengibarkan bendera Negara Palestin selepas membakar bendera Negara Israel.



Isnin , 28/03/2011 - Pasukan Pejuang Palestin melancarkan roket pada Isnin ke atas target di Israel di sepanjang sempadan Utara Gaza sebagai tindak balas ke atas kekejaman Israel di kawasan berpenduduk yang banyak mencederakan orang awam di semenanjung Gaza.
Beberapa roket buatan sendiri dilancarkan ke Ashkelon dan Siderot menyebabkan penduduk Israel berlindung dalam situasi panik.
Tindakan itu dibuat sebagai membalas tindakan dan serangan udara rejim Israel yang menghentam semenanjung Gaza mengorbankan 18, termasuk 7 kanak-kanak dan 6 wanita. Serangan itu juga menebabkan kerosakan beberapa rumah dan sebuah klinik yang menyediakan khidmat kepada 10000 penduduk Palestin sebulan.
Koresponden Pusat Info Palestin berkata bahawa perisikan Israel telah memberi amaran kepada Mahmoud an-Najjar, bapa kepada seorang pejuang Bridged al-Qassam supaya mengosongkan rumahnya sebelum mengebom rumah itu.
Bridged al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS telah memberi amaran kepada Israel bahawa Israel akan membayar harga yang tinggi jika tindakan agresif pihak Israel berterusan di Gaza.
Berdasarkan kepada laman web al-Qassam, mereka melancarkan 30 mortar ke arah musuh pada sabtu sebagai balasan biasa ke atas tindakan Israel.




Lapan Terbunuh, 35 Cedera Dalam Serangan Israel





Isnin , 28/03/2011 - Dua pejuang pembebasan Palestin cedera pada pagi Rabu selepas serangan udara rejim Israel di timur Gaza, daerah al-Shajaa’iyya.
Kedua lelaki daripada Bridged al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islam di Gaza. Salah seorang daripada lelaki itu terpaksa dipotong kaki dan dijangka bakal dipotong tangan jika keadaannya bertambah buruk, kata pegawai perubatan kepada PIC. Pejuang kedua pula mengalami kecederaan kecil.
Pesawat pejuang Israel meancarkan serangan di jalan al-Mansura di al-Shajaa’iyya di mana sebuah roket menghentam sebuah kereta mangsa dan sebuah roket lagi mengenai kumpulan manusia di kawasan itu, kata koresponden Pusat Info Palestin.
Sebuah kumpulan di sebuah ladang di timur al-Zaytoun juga menjadi sasaran dengan tiada laporan kecederaan direkodkan. Ambulan dikejarkan ke kawasan itu untuk melihat mangsa yang cedera.
Israel menguatkan serangan pada 24 jam terakhir (23 Mac), membunuh 8 penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak, seorang tua dan empat pejuang Palestin, mencederakan 35 yang lain termasuk kanak-kanak dan wanita.



0 ulasan:

Post a Comment

Thank You ALLAH...