Pages

Friday, May 27, 2011

Marah

Setiap hari pelbagai aksi aku lalui happy, sedih, blurr, stress, marah and 

other la..Dalam sejarah ku hari ini marah di pagi yang indah tap hati ini nak 

tahu marah itu punya kebaik ataupun sebaliknya jom kita coretkan...


Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara 

yang membangkitkan kemarahan. Kita jugaDalam kehidupan seharian, 

pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan 

kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu 

perkara yang negatif.

Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah: 

(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-

orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada 

dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong 

angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), 

lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan 

kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), 

serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang 

mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan 

kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha 

Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun 

terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan 

mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah 

menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.

Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah 

dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat 

marah dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi 

sifat marah secara total?

jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :

* Golongan Pertama: Tafrith


Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang 

berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan 

marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan 

terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya 

diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang 

terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama 

dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.

Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang 

yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang 

kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta 

belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)

Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan 

diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan 

sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam 

melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli 

keluarganya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang 

yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya 

(berbanding dengan Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi 

daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan 

perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)

Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah 

tercela di sisi syarak.

* Golongan kedua: Ifrath

Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap 

berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap 

dirinya.

Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta 

mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga 

menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat 

sehingga terjadi pertumpahan darah.

Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, 

benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan 

terhadap orang yang dimarahinya.

Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah 

s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. 

Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)

Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah :

1. Mengucapkan Taawudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.

2. Diam atau tidak berbicara.

3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.

4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

* Golongan ketiga: I’tidal

Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka 

tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam 

situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka 

sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Kehormatan

Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang 

timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agama Islam 

serta umatnya.

Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu 

bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, 

keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang 

ingkar kepada perintah Allah.

Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan 

(perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta 

menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-

orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-

orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang 

dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

(al-Taubah: 14-15)

Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan 

dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala 

kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.

Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda 

membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama 

sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka 

baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. 

(Riwayat Bukhari)

Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya sifat 

marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam 

perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah 

pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap
agama Allah.

Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga 

mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh 

itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa 

diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang 

bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri 

umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan 

dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah 

memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat 

Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (pertengahan), supaya kamu 

layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang

 yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi 

orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)

Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat 

marah yang i’tidal ini... sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu 

perkara yang negatif.

Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah: (Ingatlah 

dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu 

menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka 

(terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang 

menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat 

tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman 

(sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang 

kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang 

sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), 

Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun 

terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan 

mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah 

menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.

Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah 

dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat marah 

dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah 

secara total?

jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :

* Golongan Pertama: Tafrith

Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku 

disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. 

Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap 

kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh 

musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap 

tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-

musuhnya sekiranya perlu.

Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang 

bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang 

(memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan 

kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)

Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri 

mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang 

penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya 

sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang yang 

kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan 

Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya 

Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)

Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di 

sisi syarak


Astagfirullahalazim
Astagfirullahalazim

Astagfirullahalazim

Astagfirullahalazim

0 ulasan:

Post a Comment

Thank You ALLAH...